Hati2 Jika Jumper Kereta


Malang terkadang mungkin tidak berbau.. mungkin kita tidak ada kepandaian didalam bab itu.. main redah aje. Sebenar banyak cara juga orang membuat jumping ini. Boleh sahaja anda google :) Jangan mengambil risiko jika kita tidak berapa pandai :) Sesetengah orang membuat jumping semasa kereta yang satu lagi masih hidup enjinnya terus jamping sahaja.


Di atas pengalaman saya sendiri pernah juga membuat jumping ini. Saya lebih memilih cara kedua-dua enjin kereta dimatikan. Selepas itu sila pastikan sambungan wayar adalah betul jangan tersalah. Wayar (merah) positif ke positif dan wayar (hitam) negatif ke negatif. :) Dan baru kita hidupkan kereta yang baterinya 'kong' tadi. Lebih selamat sikit kut bagi kita yang tidak berapa mahir ini :) Dibawah ini kereta yang telah hangus di atas kesilapan membuat Jumper :( 
 
 
 
Langkah keselamatan Sila pastikan sambungan wayar adalah betul. Wayar (merah) positif ke positif dan wayar (hitam) negatif ke negatif. Tersilap sambung, wayar jumper bateri kereta akan hasilkan percikan api, berasap, lebur atau menyebabkan kerosakan komponen kereta yang lain. Jika nasib tidak baik, kereta kemungkinan akan hangus terbakar.

Moralnya berhati-hati jika anda membuat Jumping Start pada kereta anda. Jika tersilap melakukan Jump Start. Mungkin kereta anda akan mengalami nasib seperti diatas. Agaknya kalau tidak berapa pandai dan yakin panggilah mereka yang berpengalaman. :) Penting juga kita sentiasa membawa jumper ini. Manalah tahu ada ketika kita memerlukan benda ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.

3 comments:

  1. mungkin kedua-dianya pamandu adalah perempuan

    ReplyDelete
  2. elok buka bateri tu pinjam bateri 1 lagi (normal). lagi 1 siap2 alat pemadam kebakaran...

    ReplyDelete
  3. bila jd bnda buruk mcm ni je terus buat conclusion pemandu keta tu perempuan.sy rsa klu pemandu perempuan dia org tak kan buat jumping ni and ntah2 dia org xtau pun jumping tu ape.dia org call mekanik terus.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...