INFO !!! Sebab Biskut Mempunyai Lubang Kecil

Pernah tak korang terfikir kenapa ada lubang-lubang kecil pada biskut yang korang makan. Paling obvious ialah pada biskut tawar. Almost semua biskut tawar akan mempunyai lubang-lubang kecil pada permukaannya. Itu bukan hiasan atau suka-suka. Tapi ada fungsinya.. Nak tau? Baca kat bawah..





Pencarian hari ini menunjukkan bahawa biskut-biskut ini dibuat berlubang bukanlah kerana suka-suka. Namun ianya adalah kerana untuk memastikan biskut-biskut ini masak secara rata. Kalau diikutkan, biskut ini akan mengeluarkan wap/ haba. Tanpa lubang-lubang ini, biskut akan mengelembung dan membuatkan biskut kelihatan buruk. Selain itu, dengan lubang-lubang ini, biskut akan lebih rangup.

Kalau lubang-lubang biskut ini dibuat terlalu dekat menyebabkan biskut akan menjadi sangat keras dan kering kerana terlalau banyak wap yang keluar. Kalau terlalu jauh, gelembung yang hodoh akan muncul. LIKE JIKA SUKA ENTRY INI :)

GEMPAR !!! Ditampar Kerana Bertudung




Ceritanya bgini… Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu. Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni??? Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, “”Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!” Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg… Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. “Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh….sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak….” Pangggggggggggggggg gggg….!

Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap. “Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh “Razali”, tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!”.

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Gelagat Di ATM

Mesin Atm merupakan tempat masyarakat majmuk mengeluarkn duit untuk dijoli dengan sakan. Terdapat juga ragam dan gelagat lucu yang kita bole lihat.jom tengok ramai ramai pic kat bwh. :)













.

Jika sudah lihat dan gelak. Tolonglah share untuk rakan-rakan kita bergelak sakan pula ye. Ajaklaa rakan-rakan anda ke sini :)

Pesaing Bobo


Dah tengok abis? Amacam? Ada yang kata Bobo saje2 mintak kaki...
Tapi apapun Abang Long suka jugak pesaing Bobo ni...memang lagi gempak.

Orang Islam Yang Menghina Agama Nya Sendiri

Korang jangan terkejut. Ini orang melayu beb. Orang neh dipercayai dilahirkan sebagai islam. Dan diberitakan bahawa emak dia bertudung litup [info rakan fb. Betul ke tak betul aku taktahu].

Alquran jadi mangsa. Mungkin dia marah orang tarbiah dia. Almaklumlah dia dipercayai murtad [masih belum sahih]. Memanglah kena tarbiah balik. Bukan paksa2 suruh percaya islam. Tapi kalau umat islam dah murtad memang wajib melalui sesi tarbiah. Dah bengang, maka Alquran dia koyakrabakkan dan sebar di twitter. Misi melepaskan kemarahan lah tue. Tah hapa2. Allah swt soal ko balik di akhirat sana nanti weh. Di dunia memang lah ko bangga2 kutuk2 Allah swt, Alquran dan Nabi saw.

Ko nak murtad [andaian sahaja] ka apa ka, tak boleh ka jangan menghina agama islam? Itu pasal umat islam marahkan ko neh. Lihat kat bawah lagi

Mengaku bangsa melayu pula tue. Dia yang rosak, dia kata kita pula rosak. Ada ramai orang murtad di malaysia. Tapi tak semua mereka menghina islam. Mereka murtad tapi mereka diam2. Yang budak neh, dah lah dipercayai murtad, bising2 pula segala bagai.. lihat bawah lagi ;

Ejek2 orang dengan aksi ****h dan upload di internet. Konon nya nak perli orang yang beragama lah tue. Maybe gak dia nak menghina orang yang bertudung, etc. Dan makian terhadap Allah swt dah jadi macam kewajipan dia pula. Tak habis2. Macam marahkan sesuatu. Hairan aku.

Kalau yang neh aku tengok memang ada ciri2 hajjah sitt lah dari segi gaya bahasa dan segala bagai. Perangai pun semacam dan kaki mencarut2 no 1. Sejibik macam hajjah sitt. Tapi dia neh orang singapore. Bukan orang malaysia. Hobi dia memang maki Allah swt. Dan dengan citer persatuan orang islam singapore sedang memerhatikan dia. 

Nota : Nama dia macam nama orang islam. Sebab itu aku gunakan perkataan murtad. Andai salah sila betulkan. Dan lagi satu gambar2 dia tue original. Bukan di edit. Gambar2 tue dipetik dari fb + twitter dia dan digabungkan dengan komen2 dia yang menghina islam..... 

Renung-renungkan.......

Asal Usul Simbol @ Pada Penggunaan Email

Kita pasti sudah tidak asing lagi dengan “email”. Yup, email merupakan surat elektronik yang banyak digunakan orang ketika ini. Malah, setiap orang mungkin memiliki lebih dari satu alamat email.

Cuba kita perhatikan, disetiap alamat email ada simbol kecil berbentuk “@”. Tahukah anda apa simbol itu? Dan kenapa disetiap alamat email ada simbol itu? Dari mana asal-usulnya?
Dahulu kala, sebelum ‘@’ digunakan sebagai simbol pada alamat email, @ digunakan untuk menggambarkan bayaran atau berat suatu benda, contohnya jika membeli 6 buah pencil, maka akan ditulis “6 apel @ rm1000”.


Setelah itu muncullah idea untuk menggunakan simbol @ pada email. Idea ini dicetuskan oleh seorang lelaki bernama Ray Tomlinson. Waktu itu dia memilih menggunakan lambang @ kerana menurutnya lambang itu sangat membantu, sebab mirip huruf “a” untuk alamat kepada pemilik email yang dituju. Dari sinilah lambang @ terus dipakai hingga sekarang.
Simbol “@” ini memiliki kegunaan yang penting, di Internet, simbol @ atau “at sign” berguna untuk memisahkan nama user/pengguna yang online dengan alamat emailnya, sebagi contoh jojo@xmail.com.

tanpa menggunakan hurup @ ini, alamat email yang ditujukan tidak akan sampai pada penerimanya. Kerana itulah pentingnya simbol @ ini, maka pembuat keyboard meletakkan simbol khas ini pada susunan keyboard.

Kerusi Berbayar Di Taman Rekreasi

Pernahkah terlintas di fikiran anda kerusi rehat ditempat awam dikenakan bayaran? Sudah pasti tidak bukan. Tapi inilah yang berlaku. Betullah apa orang kata tak ada benda free pun dalam dunia ni.


Apa sahaja benda yang kita mahu gunakan pasti di kenakan bayaran. Masuk tandas pun kena bayar 20 sen. Yang mengejutkan kerusi ditempat awam juga dikenakan bayaran.
Pasti mengejutkan anda, ketika berjalan-jalan ditaman ataupun tempat beriadah dan anda pun ingin duduk berehat setelah melayani keindahan alam. Namun ketika hendak duduk anda perlu mengenakan bayaran terlebih dahulu. Tapi inilah realitinya.


Jika anda berkunjung ke taman rekreasi di Berlin, German pasti anda akan terlihat kerusi berbayar ini. Sesiapa yang ingin duduk di kerusi perlulah memasukkan duit syiling dalam mesin duit yang disediakan bersebelahan kaki kerusi itu.
Setelah memasukkan syiling, secara automatik paku yang terpacak kat atas kerusi tu akan hilang dan anda boleh duduk berehat dengan selamatnya.
Yang paling menariknya. Apabila tempoh masa duduk sudah habis, kerusi itu akan beri amaran dengan berbunyi. So pandai-pandai lah korang bangun ya kalau tak nak kena cucuk dengan paku tu.

Minyak YuYee Mengandungi Lemak Babi??

Baru-baru ini tersebar di facebook tentang info mengatakan minyak Yu Yee ada mengandungi lemak babi. Betulkah info ini?
status minyak yu yee ada lemak babi
Ramai yang meminta penjelasan dari Jakim. Untuk makluman, status lemak babi masih belum disahkan tetapi yang pasti tiada logo halal yang tertera pada produk tersebut dan pengeluar minyak Yu Yee tersebut bukanlah pemegang sijil halal Malaysia. Ini diakui sendiri oleh laman facebook rasmi Sahabat Halal Jakim seperti dibawah: 
 status minyak yu yee ada lemak babi
Ustaz Azhar Idrus turut memberikan komen beliau tentang kes ini.

Gambar Perkahwinan Saiful Bukhari


Gambar perkahwinan Saiful Bukhari dan Nik Suryani - Tahniah kepada pasangan Saiful Bukhari dan Nik Suryani yang telah melangsungkan perkahwinan mereka di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) sekitar jam 3.30 petang Sabtu. Saiful Bukhari yang tampil dengan baju Melayu serba putih dilihat tersenyum lebar sepanjang majlis akad nikah berlangsung manakala Nik Suryani pula tampil jelita dengan busana sedondon tajaan pereka fesyen terkenal Zang Toi. Pasangan pengantin ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan. Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...