Kanak2 Maut Kerana Lala

MELAKA, 21 Julai (Bernama) -- Empat rakan ditemui mati lemas ketika mencari lala di Sungai Melaka di Taman Seri Krubong, Krubong di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang terdiri daripada adik beradik iaitu Hanis Balkis Fadzli, 7, dan Mohamad Nazmi Fadzli, 9, serta dua rakan mereka iaitu Athafiz Amin, 10, dan Rodziatul Nadia Rosnan, 12, dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai.
Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka Kamarulzaman Mohd Din berkata tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Ayer Keroh dan 11 anggota unit penyelam dari Balai Bomba Kubu dikejarkan di tempat kejadian.
"Bomba menerima panggilan pada pukul 4.58 petang dan berjaya menemui mayat mangsa keempat pada pukul 6.04 petang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka dan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheng di sini.
sumber-->>mynews

Saman Isteri Kerana Anak Hodoh

Seorang lelaki dari China, Jian Feng telah menceraikan dan menyaman isterinya sebanyak $120,000 dan beliau menang kes tersebut.

Menurut laporan, Feng tinggal bersama isterinya yang cantik hidup bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang mana kelihatan sedikit pun tidak sama dengan mereka berdua. Bayi tersebut juga dilaporkan hodoh dan mengejutkan beliau.


Timbul keraguan dan syak wasangka dalam diri Feng dan beliau menuntut supaya isterinya memberitahu siapakah bapa sebenar bayi perempuan yang dilahirkan itu. Akhirnya, si isteri mengaku telah membuat rawatan pembedahan plastik di Korea Selatan untuk merubah keseluruhan mukanya menjadi cantik.
Feng telah menyaman di bawah terma isterinya telah menipu beliau sehingga mengahwininya dalam rupa yang palsu.

Awal Ashaari Bertengkar Di Instagram



Bekas Vokalis Nasyid Saujana kini Pondan..??

Sangat kebetulan! Khairul Idzwan Baharin yang menyertai ujibakat One In A Million (OIAM) baru-baru ini dikatakan memiliki personaliti yang sama dengan penyanyi utama kumpulan nasyid Saujana yang pernah popular dengan lagu KELUARGA BAHAGIA . Dan, sangat kebetulan apabila nama peserta OIAM ini amat serupa dengan ahli utama nasyid Saujana, iaitu Khairul Idzwan Baharin…
Setelah beberapa tahun tidak kelihatan kelibat Idzu dalam dunia hiburan kerana melanjutkan pelajaran sebagai doktor, agak mengejutkan juga jikalau personalitinya yang dahulu sebagai seorang lelaki telah berubah menjadi lembut. Adakah kerana kejutan budaya, atau pun kurang kasih sayang dari orang terdekat ??

Laman web zakat palsu

 Ayer Keroh: Sebuah laman web menimbulkan kecurigaan apabila dikesan mengutip zakat tanpa memaparkan maklumat lengkap mengenai organisasi berkenaan termasuk pentadbirnya.
Ketua Menteri, Datuk Idris Haron, berkata aktiviti laman web berkenaan dikesan Pusat Zakat Melaka (PZM), baru-baru ini.Katanya, siasatan awal mendapati laman web berkenaan sudah mengutip zakat kira-kira RM2.4 juta daripada orang ramai.
“Kita mengenal pasti satu kumpulan yang mengutip zakat melalui laman web secara terbuka. Apabila pegawai kita melayarinya, didapati ada pihak yang sudah membuat pembayaran zakat. Peliknya pada laman web ini, ia tidak meletakkan nama sesiapa pun bertanggungjawab di belakangnya.
“Umpamanya Ahli Lembaga Pengarah, pemilik atau pengusahanya. Tidak disebut langsung tapi ada juga yang sudah membayarnya,” katanya kepada media selepas menerima zakat perniagaan berjumlah RM1.592 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank Islamic Berhad (MIB) dan Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd (Selia Selenggara) di pejabatnya di Seri Negeri di sini, semalam.
TNB menyerahkan zakat sebanyak RM892,005.26 manakala MIB (RM500,000) dan Selia Selenggara (RM200,000).

Tiada rakyat Melaka terbabit dalam laman web zakat

Mengulas lanjut, Idris yang juga Pengerusi PZM berkata, setakat ini siasatan mendapati tiada rakyat negeri ini yang membayar zakat menerusi laman web berkenaan.
Beliau juga mengesahkan laman web berkenaan tidak beroperasi di negeri ini, sebaliknya menggunakan alamat di Selangor.
“Nampaknya mereka lagi terkehadapan kerana pembayar boleh membayar zakat melalui laman web. Maknanya ia sesuatu yang mereka (pengendali laman web terbabit) yakin tidak akan dipersoalkan oleh pembayar zakat,” katanya.
Idris berharap rakyat negeri ini akan terus membayar zakat kepada PZM bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini susulan kewujudan laman web mencurigakan seperti itu. -bharian

Kenapa NASA Balas Surat Kanak Kanak Umur 7 Tahun Ini ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautics Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) menerima satu permohonan unik dari seorang kanak-kanak British berumur 7 tahun untuk memohon kebenaran untuk mengikuti program angkasa lepas NASA dan menjadi angkasawan.

Tetapi, pastinya kita tahu kanak-kanak berumur tujuh tahun pastinya terlalu muda untuk dihantar ke angkasa lepas.

Bagaimanapun, Dexter Anderson tidak mengendahkan kenyataan itu dan terus menghantar surat kepada NASA tetapi lebih kepada bertanyakan nasihat bagaimana untuk menjadi seorang angkasawan apabila beliau sudah dewasa kelak.

Dalam suratnya bertulis,

“Saya dengar anda menghantar dua orang ke planet Marikh dan saya juga ingin turut serta tetapi saya berumur tujuh tahun dan saya tidak mampu, saya berminat untuk mengikutinya di masa depan, apa yang perlu saya lakukan ya untuk menjadi angkasawan?”

Tulisan asal.
 
‘I heard that you are sending two people into Mars and I would like to come, but I’m seven so I can’t,’ he wrote. ‘I would like to come in the future. What do I need to do to become an astronaut?’


Kanak-kanak itu gembira selepas NASA membalas suratnya dan menasihatinya supaya terus bercita-cita tinggi sehinga sanggup mencapai bintang.
Pihak NASA turut menghantar beberapa jenis pelekat, poster dan juga penanda buku untuk memastikan semangat Dexter terus kuat untuk menjadi angkasawan.


Ibu kanak-kanak itu, Katrina berkata reaksi Dexter begitu terkejut kerana menerima satu bungkusan yang amat besar dari NASA dan menyangka anaknya itu hanya akan menerima surat dari NASA.


Bagi pihak NASA pula, mereka mencuba sedaya-upaya untuk menjawab sebanyak mana soalan yang boleh melalui pos dan laman sosial.
##Kanak-kanak British, mengidam untuk ke angkasa lepas seawal umur tujuh tahun, anak-anak kita sibuk buat video dah bercinta seminggu, bagaimana arah tujuan kita nanti??

sumber dari-->>>nizarazu

Gempar! Mayat Bayi Ditemui Depan Masjid

Assalamualaikum dan selamat sejahtrea, ‘Tolong sempurnakan jenazah ini’. Pesanan nota itu ditemui bersama RM50 dalam sebuah raga berisi mayat bayi perempuan yang ditinggalkan di hadapan Masjid Saleng, pagi semalam 16/7/13.
Masih ada insan tergamak mencemar kesucian Ramadan dengan membuang mayat bayi yang mujur dijumpai kariah masjid itu selepas selesai menunaikan solat Subuh.

Si kecil tidak bernyawa dan masih bertali pusat itu berusia dua hari ditemui berbalut kain putih di hadapan pagar masjid, tali pusatnya hanya diikat dengan gelang getah.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata,bayi berkenaan ditemui orang awam selepas ternampak sebuah raga mencurigakan di tepi pintu masjid berkenaan sekitar jam 6.05 pagi.

“Orang awam yang menemui raga berkenaan segera memeriksa dan mendapati seorang bayi perempuan yang telah meninggal dunia dibungkus dengan kain putih.

“Mereka turut menjumpai sampul surat mengandungi wang RM50 dan surat bertulis ‘Assalamualaikum, tolong sempurnakan jenazah ini yang tidak berdosa sekian terima kasih untuk hamba yang menolong’,” katanya.

Zulkefly berkata, bayi terbabit dipercayai ditinggalkan di hadapan masjid ketika kariah sedang menunaikan solat Subuh.

“Ini kerana raga berkenaan tidak ditemui semasa jemaah masuk ke dalam masjid,” katanya.

 Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bayi perempuan berkenaan tidak mengalami sebarang kecacatan dan mayatnya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, untuk bedah siasat.

“Pasukan siasatan dengan bantuan forensik Ibu Pejabat Kontinjen Johor telah ke tempat kejadian dan mendapati bayi cukup sifat itu sudah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati rupa paras bayi berkenaan mirip kepada keturunan Melayu,” katanya.

Sementara itu, noja masjid, Hassan Mohd Tab, 63, berkata, kejadian disedari salah seorang kariah yang menyangka terdapat bantal diletakkan di hadapan pagar masjid.

“Kami segera melihat objek di hadapan pagar dan terkejut terdapat bayi perempuan di dalam raga yang diletak di situ. Saya segera hubungi polis apabila dapati bayi itu sudah tidak bernyawa,” katanya.

Awas! Bahaya Dan Risiko Korek Telinga Yang Jarang Diketahui Umum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sejak kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita.

Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional.

Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga.

Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.

Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk menjadikannya sebagai rutin harian.

Lantas, golongan ini sering dianggap tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana membiarkan tahi telinga terkumpul dalam lubang telinga.

Tanggapan salah

Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.

Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun. Itu bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam.

Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.

Lilin telinga

Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan tambahan.

Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax). Saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga.
Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga. Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!

Kesan mengorek telinga

Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ?tahi? itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama. Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit.

Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu. Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ?menyapu keluar? lilin telinga ini.


Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga. Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita.

Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam. Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss).

Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga. Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya.

Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps. Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga.

Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.

Kurang dengar

Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga. Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal.


Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran. Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang. Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.

Rawatan

Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka. Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya.

Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja). Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan terkeluar dengan arus air tersebut.

Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan. Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.

Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala. Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati. Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang. Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap. Sebarang manipulasi hendaklah disertakan dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat.

Benarlah kata orang-orang tua bahawa menjaga kesihatan dengan cara mencegah adalah lebih baik, lebih selesa, lebih mudah dan jauh lebih murah daripada merawat.

sumber dari-->>>nizarazu.com

Artis Mewah


Asal Usul Gwiyomi



|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...