Gempar! Mayat Bayi Ditemui Depan Masjid

Assalamualaikum dan selamat sejahtrea, ‘Tolong sempurnakan jenazah ini’. Pesanan nota itu ditemui bersama RM50 dalam sebuah raga berisi mayat bayi perempuan yang ditinggalkan di hadapan Masjid Saleng, pagi semalam 16/7/13.
Masih ada insan tergamak mencemar kesucian Ramadan dengan membuang mayat bayi yang mujur dijumpai kariah masjid itu selepas selesai menunaikan solat Subuh.

Si kecil tidak bernyawa dan masih bertali pusat itu berusia dua hari ditemui berbalut kain putih di hadapan pagar masjid, tali pusatnya hanya diikat dengan gelang getah.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata,bayi berkenaan ditemui orang awam selepas ternampak sebuah raga mencurigakan di tepi pintu masjid berkenaan sekitar jam 6.05 pagi.

“Orang awam yang menemui raga berkenaan segera memeriksa dan mendapati seorang bayi perempuan yang telah meninggal dunia dibungkus dengan kain putih.

“Mereka turut menjumpai sampul surat mengandungi wang RM50 dan surat bertulis ‘Assalamualaikum, tolong sempurnakan jenazah ini yang tidak berdosa sekian terima kasih untuk hamba yang menolong’,” katanya.

Zulkefly berkata, bayi terbabit dipercayai ditinggalkan di hadapan masjid ketika kariah sedang menunaikan solat Subuh.

“Ini kerana raga berkenaan tidak ditemui semasa jemaah masuk ke dalam masjid,” katanya.

 Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bayi perempuan berkenaan tidak mengalami sebarang kecacatan dan mayatnya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, untuk bedah siasat.

“Pasukan siasatan dengan bantuan forensik Ibu Pejabat Kontinjen Johor telah ke tempat kejadian dan mendapati bayi cukup sifat itu sudah meninggal dunia.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati rupa paras bayi berkenaan mirip kepada keturunan Melayu,” katanya.

Sementara itu, noja masjid, Hassan Mohd Tab, 63, berkata, kejadian disedari salah seorang kariah yang menyangka terdapat bantal diletakkan di hadapan pagar masjid.

“Kami segera melihat objek di hadapan pagar dan terkejut terdapat bayi perempuan di dalam raga yang diletak di situ. Saya segera hubungi polis apabila dapati bayi itu sudah tidak bernyawa,” katanya.

11 comments:

  1. bintang pun tdk sekejam ini nk buang anak..apa nk jdi dunia skrg ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bintang xde ank. Ade tahi je.. hihi bulan ade ank. Yes binatang pon.

      Delete
  2. dia mugkin xnak buang,tapi letakkan tepi masjid dgn harapan kariah yg datag jumpa boleh tolong tanamkan.dan duit yag diletakkan utuk uruskan jenazah.....dia mugkin xtahu cmner nak tanam...xpun nak org tanamkan cara baik...(dia malu kalau org tahu,tapi xsanggup nk bunag byi tu dalam tong sampah)

    ReplyDelete
  3. setuju dengan muhammad aizat..jgnla kita selalu berfikiran negetif terhadap org lain mengapa dia bertindak begitu..mungkin dia x tau nak wat camna dgn mayat bayi tu sehingga dia meminta pertolongan dr org lain untuk uruskannya(masih ada lagi kebaikan dhatinya) ..kalau dia x berperikemanusia dah lama mayat bayi tersebut dibuang kat tong sampah atau lempar je dlam sungai (nama pon dah x bernyawa)..lumrah manusia x lepas dari membuat kesilapan..sebagai org islam hendaklah kita mendoakan yang terbaik untuk mereka agar d berikan petunjuk dan hidayah oleh allah taala..aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul....kita tak tahu Si Ibu itu mangsa kepada insan lain ke apa ke...siapa lah kita untuk menghukum... Bukan kita yang menentukan syurga neraka jahanam...

      Delete
  4. Sekurang2nya bayi tue dia x buang dlm tong sampah.Mungkin dia ada sbb tertentu knpa dia buat mcm tue,

    ReplyDelete
  5. Pintu taubat sntiasa trbuka... manusia tiada hak utk slhkn ssma manusia.. biarlh allah yg hukum mrka... allah lebih mengetahui apa yg trjadi

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, masih ada sedikit kebaikan di hati mereka y meninggalkan bayi ini.. moga kita semua diberi taufik dan hidayah.. amin allahumma amin..

    ReplyDelete
  7. Setuju.. mgkin org yg letakkn myt bayi tu mash perhatikan org yg tolong myt bayi dpn msjid.. dia cuma nk myt tu disempurnakn ngn cara yg betul... lau x xkn la tgglkm nota ngn duit n berterima kasih. Alfatihah pd byi tu...

    ReplyDelete
  8. wlaupun dia dh mlakukn pkra yg sngt keji,dia msih ad persaan syg,brhrap djadikn 1 pgajarn yg ckop bguna

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...